Saturday, May 22, 2010

Alasan Yang Terbaek!

Seorang boss entah macam mana mood dia memang baik sungguh pada hari
nie..Sesiapa yang nak minta balik lima jam lebih awal hari nie dia kasi
tapi alasannya mestilah munasabah. Haaaa!!alasannya mestilah pasal
sembahyang ajer! Tau-tau macam tu ader 4 orang pekerja bawahan datang
mintak balik awal..

Pekerja 1 : A'kum Boss, bulih saya pulang? Saya balik nak sembahyang kat
rumah boss, leh tak?
Boss : Tak boleh!!!Kat sini kan ader surau, sembahyang jemaah lagi, lagi
banyak pahalanya..!

Pekerja 2 : Saya bulih balik awai kut Boss?
Bosss : Hang apa pasai:
Pekerja 2 : Saya nak balik tengok anak saya sembahyang zohor ker tak?
Ntah-ntah dia ponteng?
Boss : Tak boleh balik, hang telefon saja bini hang suruh dia tengok!

Pekerja 3: A'kum Boss!
Boss: Ha? pasal pulak ni?Nak balik awal gak ker?
Pekerja 3 : Errrrr!!Yer boss, boss baik!!he..heee!
Boss: Alasan apa lak ngko nie?
Pekerja 3 : Saya nak balik sembahyang orang mati..Ada orang kampung saya
meninggal pagi tadi, nak sembahyang jenazah...!Boleh kut boss yer pulang
awal?
Boss : Tak bolehhh!!!Itu fardzu kifayah jer!Orang kampung lain yang
ramai tu boleh sembahyangkan. Doa kat sini pun boleh!!Dah!Pergi buat
kerja..

Pekerja 4: A'kum Boss! Saya nak balik awal boleh tak ari nie?
Boss : Naper?
Pekerja 4 : Isteri saya telefon, dia kater dia dah boleh sembahyang!
Boss: Yer ker? Ha! Kalu gitu awak baliklah...Kesian awak dah seminggu
nunggu!!!
Pekerja 4 : Ima Acih Boss!!!Heee..hee

Friday, May 21, 2010

Kondom Hitam

Jayman (bukan nama sebenar) dan isterinya baru saja kawen dan
merancang tak mau dapat anak dlm masa terdekat ni. jadik jayman
ambik keputusan untuk beli kondom. sampai di kedai cuma kondom
warna hitam dan belang2 saja yang murah. kondom warna putih mahal
dan jayman tak bawak cukup duit untuk belinya. jadik jayman beli
kondom hitam.

Lepas setahun rupanya kondom yg jayman beli tu bocor dan isterinya
melahirkan seorang anak. sayangnya anak yg dilahirkan agak gelap
kulitnya. isterinya sedih pasal anak mereka hitam.

Jayman: Nasib baik saye beli kondom hitam dulu, yang! kalo saye
beli yg belang2 ntah camana rupa anak kita nih!

Thursday, May 20, 2010

Serah saja pada yang atas.

Pada suatu hari Si Amin disuruh oleh emaknya mengambil mangga di kebun.
Sedang Amin memanjat pokok mangga, tiba-tiba dia terlihat ke bawah ada
sepasang remaja sedang 'bercekerama'. Maka berdirilah bulu roma Si Amin.
Dia pun bertahan di atas pohon sambil menahan lututnya yang semakin mulai
gemetar.

Tak lama kemudian didengarnya suara isak tangisan remaja perempuan itu,
sambil tersendat-sendat dia bicara. "Abang macamana kalau saya hamil
nanti? Abang kena bertanggung jawab." "Sudahlah, dik, kita serahkan semua
ini pada Yang Di Atas, " jawab si lelaki..

Si Amin terperanjat lalu dia berteriak, "Wah! wah! kamu berdua yang
sedap-sedap di bawah, senang-senang nak serahkan semuanya pada aku! Aku
kan cuma tengok saja, usik pun tidak!!"

Wednesday, May 19, 2010

Makcik Minah Datang KL!!

Pada suatu hari, seorang Makcik Minah datang ke Kuala Lumpur untuk kali
pertama untuk berjumpa anaknya yang menetap di situ dan berkahwin dengan
orang kaya setelah mencanangkan kepada orang-orang kampung. Dia turut
membawa rakannya Bibah. Oleh kerana hari telah lewat malam, dia 'check-in'
di sebuah hotel mewah semata-mata mahu menunjuk kepada Bibah dan seorang
pelayan membawakan begnya menuju ke bilik penginapan Makcik Minah.

Makcik Minah dengan girangnye mengikuti langkah-langkah pelayan itu dan
ketika pelayan tersebut menutup pintu, Makcik Minah melihat ke sekeliling.
Beliau tiba-tiba menjadi marah lalu berkata kepada pelayan tersebut.

"Eksekius mi. Cik jangan ingat makcik datang dari kampung, tak tahu duduk
di hotel. Sudah bayar ratus-ratus, cik bagi saya bilik ini pula. Kecil,
tak
ada TV, tak ada almari, apa pun tak ada. Katil nak tidur pun tak ada. Hei
jangan nak tipu orang la" Makcik Minah memaki hamun pelayan tersebut
kononnya untuk menutup malu pada Bibah.

Lalu pelayan itu pun menjawab, "Sabar makcik, ini baru lif..."

Tuesday, May 18, 2010

3x CURANG

Pada satu malam, ada pasangan yg agak berumur sedang makan malam dengan
romantiknya bagi menyambut ulangtahun perkahwinan mereka yg ke 50 tahun.

Suaminya, seorang Tan Sri dan bekas ahli politik mula bercerita tentang
nostalgia mereka suami isteri, sekian lama hidup bersama, suka duka, susah
dan senang. Si suami memang menyanjung isterinnya, bernama Maria.

"Maria, selama kita kahwin ni, suka duka kita lalui, susah senang kita
tempuh, abang amat menyanyang Maria, tapi ada satu perkara yg asyik
bermain-main di benak abang ni dan abang selalu bertanya-tanya.
Berterus-teranglah dgn abang pada malam ni, pernah tak Maria curang dgn
abang selama ni?"

Maria agak terkedu sekejap dan merenung panjang muka suaminya itu, lalu
berkata dengan penuh kekesalan, "Ya abang, Maria mengaku pernah curang dgn
abang, tapi hanya 3 kali sahaja selama ni"

"3 kali?" Tan Sri tu agak terkejut, tapi tak la marah, dah tua dah dan
memang berniat utk memaafkan isterinya,"Bagaimana boleh terjadi 3 kali tu
Maria?"

Perlahan jer la isteri dia mula membuka lebaran cerita lama, "Abang
ingatkan masa kita mula-mula kawin, terus beli rumah dan selang beberapa
tahun, kita susah sangat masa tu hingga rumah kita hampir nak dirampas
oleh bank"

"Ya, abang ingat peristiwa tu" jawab si suami. Si isteri menyambung
cerita, "Abang pasti ingat yg pada satu petang tu Maria pergi jumpa
pegawai bank tu dan esoknya, bank tu tak jadi rampas rumah kita, malah
bagi tambahan pinjaman utk abang mulakan perniagaan.."

"Emmmm.. sukar buat abang menerima kenyataan ini, tapi abang maafkan maria
kerana apa yg maria buat tu untuk masa depan kita jugak", kata si suami, "
Kali ke 2 pulak?"

"Abang ingat tak, abang hampir menemui maut sebab ketumbuhan dalam otak
pembedahan?" si isteri menyambung cerita "Ya, abang ingat" jawab si suami.
"Kalau macam tu, abang pasti ingat yg Maria ada pergi jumpa doktor pakar
tu dan esoknya, dia setuju buat pembedahan utk abang tanpa bayaran apa-apa
pun.."

"Oh maria, walau perit hati ini mendengarkan, tapi abang tetap maafkan
maria sebab apa yg maria buat tu untuk masa depan kita jugak dan kerana
sayangkan abang jugak.. yang kali ke 3 macam mana pulak? ", kata si Tan
Sri. Si isteri menundukkan mukanya dan menjawab penuh lemah, "Abang, ingat
tak masa abang bertanding merebut kerusi bahagian dan abang perlukan 248
undi lagi...."

Tan Sri pengsan kat situ jugak..

Monday, May 17, 2010

Daging Yang Boleh Berenang Dan Terbang
























Salim sering mengeluh sakit kepala dan dada. Doktor menganjurkan agar dia
berhenti merokok dan minum minuman keras. Selain itu harus berhenti makan
daging kambing, daging kesukaan Salim.



Doktor: "Jangan lupa daging kambing. Anda hanya boleh makan sayur-sayuran
dan daging haiwan yang boleh berenang dan terbang".

Setelah tiga hari berlalu sang Doktor menalifon Salim mengingatkan Salim
agar makan hanya daging yang boleh berenang dan terbang sahaja. Tiga bulan
kemudian Doktor mengunjungi ke rumah Salim untuk melihat perkembangannya.
Dia diberitahu oleh orang gajinya Salim ada di kolam renang.

Mendengar itu, Doktor merasa tenang kerana menyangka Salim bukan hanya
mengikuti arahannya, tetapi juga mahu berolahraga untuk meningkatkan
kesihatan tubuhnya. Doktor langsung bergegas menuju ke kolam renang di
mana Salim berada. Namun apa yang dilihatnya di kolam renang? Salim berada
di dalam air melatih kambing berenang!!!