Thursday, April 15, 2010

Jom main teka-teki

Ha...cuba teka....jgn pikir yang bukan-bukan
tau!!!!!!!!!!!!!

1) Jilat-jilat bila dah basah baru cucuk, jilat-jilat bila dah basah baru cucuk

2) Banyak-banyak bas, bas apa yang pandai

3) Banyak-banyak mi, mi apa yang boleh makan ngan ais

4) Kenapa anjing kencing angkat sebelah kaki

5) Apa perbezaan lampu stadium ngan lampu bilik

6) Apa binatang, badan kecik macam semut tapi mata besar "bulb" mentol

7) Mana lagi tua, motorsikal ke kereta?

8) Kangkang peluk, kangkag peluk, bila dah dekat climax pegang buah

9) Ahmad bin Abu, kambing bin apa?

10) Bagaimana nak bezakan ikan betina ngan ikan jantan?

Jangan lihat jawapan nya dulu















ini jawapannya:-

1) Masukkan benang dalam jarum

2) Bas sekolah lah, the only bas pegi sekolah

3) MILO AIS

4) Sebab kalau dia angkat dua kaki, dia jatuh sebab tulah dia angkat
sebelah aje.

5) Lampu stadium kalau ada 'game' dia pasang, tapi kalau lampu bilik ada 'game' dia padam

6) Semut yang matanya BENGKAK

7) Motorsikal......sebab dia pakai tongkat

8) Panjat pokok kelapa

9) Kambing binATANG

10) Ikan betina - ikan duyung, ikan jantan - ikan bakar, mana ada pompuan nama BAKAR

hehe:)

Wednesday, April 7, 2010

ujian

Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu
sebuah klinik, Lias terpandang Amin sedang menangis
teresak-esak. Dia segera mendekati Amin.

Lias : Kenapa menangis?

Amin : Saya datang untuk ujian darah.

Lias : Awak takut ke?

Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan,
mereka telah terpotong jari saya.

(Mendengarkan penjelasan Amin, Lias menangis.)

Amin : Eh, kenapa pula awak menangis?

Lias : Saya datang untuk ujian air kencing.

Sunday, April 4, 2010

Pemandu Terbaik

Rahim memandu kereta dan tiba-tiba seorang polis
menahannya. Rahim menurunkan tingkap kereta nya dan
bertanya kepada polis tersebut.

Rahim : Ye Encik, ade ape masalah??

Polis : Erm..takde pape, saya telah memerhatikan cara
pemanduan encik. Hari ini adalah hari bertuah encik
kerana saya ingin memberikan encik wang tunai sebanyak
RM5,000 kerana dianugerah pemandu terbaik. Tahniah!erm
encik akan buat ape dengan wang ini nanti?

Rahim berfikir sejenak lalu die pun berkata

Rahim : Erm saye rase saya nak gune duit ni untuk wat
lesen kereta lah.

Mahmud yang duduk disebelahnya menyampuk percakapan si
Rahim.

Mahmud : Oo..encik polis jangan dengar ape yang die
kate. Die nie bengong sikit kalau dah mabuk todi.

Si Leman yang duduk di belakang pula menjerit dalam
kekecewaan.

Leman : Aku dah cakap, kita takkan terlepas dengan kete
curi nih!!

Seketika itu, kedengaran pulak dari bonet belakang
kereta di ketuk dan terdengar seseorang berkata Pak!!
Pak!! udah sampe ke belom?

Saturday, April 3, 2010

Penyamun.

Ketika balik dari bekerja shift malam, Azwan telah
diserang hendap oleh seorang penyamun.Kerana tidak
mahu mengalah, Azwan cuba melayan penyamun itu.

Tapi, Azwan kalah dan penyamun itu terus menyeluk
kedalam sakunya untuk mencari duit dan barangan yang
berharga. Apa yang dijumpai hanyalah duit RM 1.00 !

Pencuri itu tidak berpuas hati, lalu bertanya kepada
Azwan

Penyamun : Kau bergelut bermatian dengan aku kerana
semata-mata nak selamatkan RM 1.00 ini saja?

Azwan : Laaa... kau cuma hendak RM 1.00 tu je ke? Aku
ingatkan kau nak rompak duit RM 1000.00 yang aku
sembunyikan dalam kasut aku ni.

Friday, April 2, 2010

Pelancong dan taxi.

Al kisah pada satu hari ada seorang pelancong, dia
menaiki taxi tapi dalam perjalanan dia berkata kepada
pemandu taxi ' Shaya mau two round ' kata pelancong
"ya..ya..ya.." jawab pemandu taxi "Shaya mau two round"
kata pelancong lagi. Lalu pemandu taxi itupun membawa
beliau keliling bandar bagi memenuhi kehendaknya.

Tiba tiba pelancong tadi terkencing dalam kereta.
Pemandu taxi sangat marah "U must tell me first before
U dot..dot..dot.." kata pemandu. "Shaya sudah bilang
shaya mau two round, shaya mau two round tapi kau tidak
kasi two round sama shaya" jawab pelancong.
Pemandu taxi menggeleng kepala.