Salim sering mengeluh sakit kepala dan dada. Doktor menganjurkan agar dia
berhenti merokok dan minum minuman keras. Selain itu harus berhenti makandaging kambing, daging kesukaan Salim.
Doktor: "Jangan lupa daging kambing. Anda hanya boleh makan sayur-sayuran
dan daging haiwan yang boleh berenang dan terbang".
Setelah tiga hari berlalu sang Doktor menalifon Salim mengingatkan Salim
agar makan hanya daging yang boleh berenang dan terbang sahaja. Tiga bulan
kemudian Doktor mengunjungi ke rumah Salim untuk melihat perkembangannya.
Dia diberitahu oleh orang gajinya Salim ada di kolam renang.
Mendengar itu, Doktor merasa tenang kerana menyangka Salim bukan hanya
mengikuti arahannya, tetapi juga mahu berolahraga untuk meningkatkan
kesihatan tubuhnya. Doktor langsung bergegas menuju ke kolam renang di
mana Salim berada. Namun apa yang dilihatnya di kolam renang? Salim berada
di dalam air melatih kambing berenang!!!
No comments:
Post a Comment