Tuesday, March 30, 2010

Pak Pandir dan Doktor.

Pada suatu hari, Pak Pandir telah berjumpa dengan
seorang doktor psikologi untuk bertanyakan tentang
suatu masalah pada dirinya.

Pak Pandir: Tuan doktor, semua orang kata otak saya
lembab. Betulkah tuan doktor? Apakah tanda-tanda bahawa
otak seseorang itu lembab?

Doktor: Saya akan bertanya satu soalan. Jika pakcik tak
mampu menjawabnya otak pakcik memang betullah lembap.

Pak Pandir: Apakah soalannya tuan doktor?

Doktor: Kapten Hook dikatakan orang pertama yang belayar
mengelilingi bumi. Malangnya dia cuma sempat belayar
sebanyak 3 kali sebelum meninggal dunia. Pada
pelayarannya yang keberapakah dia meninggal dunia?

Pak Pandir: Mmmm...Tukar soalan lain boleh doktor?

Doktor: ???

No comments:

Post a Comment